Berbaloikah
Perbelanjaan Kerajaan Untuk Setiap Pelajar MRSM?
Dalam keadaan dan
perkembangan semasa di Malaysia pada masa ini , terdapat segelintir masyarakat
yang mempersoalkan tentang adakah berbaloi perbelanjaan yang ditanggung oleh
kerajaan kepada setiap pelajar di MRSM?. Soalan sinis ini seolah-olah melihat
selama ini kerajaan melakukan pembaziran kerana menanggung perbelanjaan yang
bayak kepada setiap pelajar di MRSM. Kalau mengikut anggaran perbelanjaan yang
perlu untuk seseorang pelajar malanjutkan pelajar di MRSM sebulai ialah
sebanyak RM 500 hingga RM 1000. Angka ini mungkin agak besar. Bagaimanapun bagi
saya, pelaburan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti terutamanya
daripada bangsa melayu seharusnya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar
daripada yang sedia ada. Pelaburan yang dibuat itu tidak dapat memberikan
pulangan yang serta-merta tetapi ia harus lebih dilihat kepada pelaburan jangka
masa panjang.
Pelaburan yang dilakukan
sejak 43 tahun yang lalu oleh MARA melalui para pelajar di MRSM Seremban
diikuti oleh MRSM_MRSM yang lain telah mula menampakkan kejayaannya. Dilihat
pada masa ini, ramai pelajar-pelajar “Anak Sains MARA” (ANSARA) ini telah
menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang di negara kita mahupun diperingkat
antarabangsa. Sebut sahaja bidang apa, sama ada politik, perubatan, perbankan,
kimia, biologi, fizik, pendidikan, perakaunan, perniagaan keagamaan dan lain-lain, pasti bekas pelajar
MRSM akan terlibat sama.Perkara ini membuktikan pelaburan kerajaan bukanlah
satu pembaziran. Lebih ramai bekas pelajar MRSM sedang menanti peluang untuk
mengambil alih tampuk kepimpinan dalam pelbagai bidang yang ada.
Sekadar menyebut
beberapa nama bekas pelajar MRSM yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti
Datuk Kamaruddin Maranom (Timbalan CEO Airasia Group), Datuk Shazali (Ceo Celcom),
tokoh GLC Datuk Wahid (Maybank). Dalam bidan pendidikan seperti Prof. Dr. Abdul
Rahman Mohamad (USM- Kejurutaraan Kimia), Prof. Dr. Mud Kamil Ibrahim
(Perakaunan – Madinah). Begitu juga dengan tokoh-tokoh politik seperti Dato
Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah), Dato Razali Ibrahim ( Timb Menteri Belia
Dan Sukan). Datuk Dr.Sheikh Muzaffar dalam bidang perubatan dan menjadi
angkasawan pertama negara. Diseblik kejayaan cemerlang bekas pelajar mrsm ini,
terdapat juga pelajar MRSM yang kurang berjaya. Bagi saya, sudah menjadi adat,
setandan pisang tak semuanya berbuah elok. Ia bukanlah satu kegagalan tetapi ia
sebagai peluang dan cabaran untuk MARA menghasilkan pelajar yang lebih
cemerlang dan berjaya di masa hadapan.
Sudah menjadi harapan dan
impian MARA serta seluruh rakyat Malaysia keseluruhannya untuk melihat lebih
ramai lagi para pelajar MRSM yang mampu untuk melakar kejayaan untuk negara
pada masa hadapan. Kejayaan mereka ini penting untuk negara dalam usaha negara
kita menuju wawasan menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri menjelang
tahun 2020.
bukan semua yang berjaya..aku ada jumpa bekas pelajar mrsm dan sbp yang setakat jadi kuli seperti jururawat dan kerani..dan ada yang dari sekolah harian yang berjaya menjadi doktor cikgu jurutera saintis. so bagi aku perlaburan kepada pelajar mrsm/sbp yang tak layak adalah pembaziran..sepatut pemilihan telus.ni ramai masuk pakai kabel
ReplyDelete