Followers

Wednesday, 8 May 2013


   Berbaloikah Perbelanjaan Kerajaan Untuk Setiap Pelajar MRSM?
   Dalam keadaan dan perkembangan semasa di Malaysia pada masa ini , terdapat segelintir  masyarakat yang mempersoalkan tentang adakah berbaloi perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan kepada setiap pelajar di MRSM?. Soalan sinis ini seolah-olah melihat selama ini kerajaan melakukan pembaziran kerana menanggung perbelanjaan yang bayak kepada setiap pelajar di MRSM. Kalau mengikut anggaran perbelanjaan yang perlu untuk seseorang pelajar malanjutkan pelajar di MRSM sebulai ialah sebanyak RM 500 hingga RM 1000. Angka ini mungkin agak besar. Bagaimanapun bagi saya, pelaburan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti terutamanya daripada bangsa melayu seharusnya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar daripada yang sedia ada. Pelaburan yang dibuat itu tidak dapat memberikan pulangan yang serta-merta tetapi ia harus lebih dilihat kepada pelaburan jangka masa panjang.

Pelaburan yang dilakukan sejak 43 tahun yang lalu oleh MARA melalui para pelajar di MRSM Seremban diikuti oleh MRSM_MRSM yang lain telah mula menampakkan kejayaannya. Dilihat pada masa ini, ramai pelajar-pelajar “Anak Sains MARA” (ANSARA) ini telah menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang di negara kita mahupun diperingkat antarabangsa. Sebut sahaja bidang apa, sama ada politik, perubatan, perbankan, kimia, biologi, fizik, pendidikan, perakaunan, perniagaan  keagamaan dan lain-lain, pasti bekas pelajar MRSM akan terlibat sama.Perkara ini membuktikan pelaburan kerajaan bukanlah satu pembaziran. Lebih ramai bekas pelajar MRSM sedang menanti peluang untuk mengambil alih tampuk kepimpinan dalam pelbagai bidang yang ada.

Sekadar menyebut beberapa nama bekas pelajar MRSM yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti Datuk Kamaruddin Maranom (Timbalan CEO Airasia Group), Datuk Shazali (Ceo Celcom), tokoh GLC Datuk Wahid (Maybank). Dalam bidan pendidikan seperti Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamad (USM- Kejurutaraan Kimia), Prof. Dr. Mud Kamil Ibrahim (Perakaunan – Madinah). Begitu juga dengan tokoh-tokoh politik seperti Dato Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah), Dato Razali Ibrahim ( Timb Menteri Belia Dan Sukan). Datuk Dr.Sheikh Muzaffar dalam bidang perubatan dan menjadi angkasawan pertama negara. Diseblik kejayaan cemerlang bekas pelajar mrsm ini, terdapat juga pelajar MRSM yang kurang berjaya. Bagi saya, sudah menjadi adat, setandan pisang tak semuanya berbuah elok. Ia bukanlah satu kegagalan tetapi ia sebagai peluang dan cabaran untuk MARA menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang dan berjaya di masa hadapan.

Sudah menjadi harapan dan impian MARA serta seluruh rakyat Malaysia keseluruhannya untuk melihat lebih ramai lagi para pelajar MRSM yang mampu untuk melakar kejayaan untuk negara pada masa hadapan. Kejayaan mereka ini penting untuk negara dalam usaha negara kita menuju wawasan menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020.

Model Penilaian Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah -  GarisL. Stoll, & D. Fink, (1996).

Gerakan sekolah berkesan pada era ini lebih menumpukan penilaian ke atas sesuatu amalan penambahbaikan oleh pihak sekolah itu sendiri kerana pihak luar sekolah tidakk mengetahui kemampuan yang dimiliki oleh sesebuah sekolah itu menerusi proses penilaian kendiri.  Pandangan Purkey dan Novak (2003), Stoll dan fink (1996) serta Stoll dan Reynolds (2000) menyokong kenyataan tersebut dengan mengatakan kerangka kerja terdahulu mengenai sekolah berkesan hanya tertumpu kepada pengaruh pembolehubah proses dan konteks ke atas pencapaian murid, namun kerangka kerja terkini bukan hanya mengambil kira aspek-aspek terdahulu dalam gerakan masing-masing malah memberikan satu garis panduan kepada pihak sekolah untuk menilai sendiri
pelaksanaan amalan penambahbaikan mereka. Stoll dan Fink (1996) mengatakan model tersebut dibina untuk membimbing sekolah agar mereka berupaya untuk menilai sendiri amalan sekolah berkesan menerusi tindakan-tindakan seperti berikut:
i) Permulaan

Pada peringkat permulaan, data dan maklumat merupakan sumber utama yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti penambahbaikan sekolah.  Pihak sekolah perlu mengumpulkan seberapa banyak data dan maklumat dan memahami matlamat mengumpul data tersebut agar dapat melaksanakan proses penambahbaikan dengan cekap dan berkesan.

ii) Penilaian ke atas proses penambahbaikan

Data yang dikumpul tadi perlu diproses agar ia menjadi maklumat yang memberi makna.  Data tadi diproses dan melalui setiap peringkat sama ada di peringkat pertengahan (amalan penambahbaikan sekolah) sebelum tiba di peringkat penilaian (pembolehubah dapatan pertengahan ) (Stoll & fink, 1996; Stoll & Reynolds, 2000).

iii) Dapatan pertengahan

Dapatan pertengahan ini adalah untuk menilai pencapaian pelaksanaan pembolehubah proses.  Aktiviti penilaian tersebut akan menghasilkan dua situasi iaitu (i) sekiranya gagal untuk melaksanakan amalan sekolah berkesan, pembetulan perlu dilakukan pada mana-mana peringkat, atau (ii) penstrukturan dan pembudayaan semula ke atas sekolah akan berlaku sebelum tiba ke peringkat dapatan akhir sekiranya pihak sekolah berjaya untuk melaksanakan kesepaduan terhadap pembolehubah proses (Visscher & Coe, 2003).  Misalnya, budaya bersukan untuk prestasi tinggi wujud implikasi daripada sokongan semua pembolehubah proses seperti kepimpinan pengetua yang profesional, persekitaran sekolah yang kondusif dan penumpuan terhadap proses latihan pengajaran dan pembelajaran serta latihan.  Akhirnya, situasi tersebut melahirkan masyarakat atau organisasi pembelajaran (Stoll & fink, 1996).  Walaupun bersukan, mereka juga perlu belajar dan memahami apa yang diajar oleh jurulatih.

iv) Dapatan akhir (pencapaian murid)

Sekolah yang berjaya mencapai dapatan pertengahan akan berjaya untuk membina semula struktur dan budaya sekolah.  Dengan itu, secara sendirinya mereka akan mendapat jawapan bagi soalan “apakah hasil persekolahan?”.  Maslowski (2001) dan Reezight (2001) menegaskan dapatan akhir atau produk yang seharusnya dihasilkan oleh sekolah adalah dalam bentuk (i) pencapaian akademik dan sosial murid yang menjadi ukuran matlamat utama sekolah; (ii) nilai tambahan yang diperolehi oleh pihak sekolah; (iii) tahap pencapaian sekolah yang tinggi berdasarkan piawai bagi sesebuah sekolah yang cemerlang; (iv) penekanan terhadap kesamarataan dalam menikmati pembelajaran; dan (v) proses penambahbaikan yang berlaku sepanjang masa.
           
Kesimpulannya, kerangka teori dalam Gerakan Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah amat menekankan gabungan semua pembolehubah input yang diproses bagi mewujudkan semula struktur dan budaya sesebuah sekolah sebelum meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah.

 

Sekolah Perlu Menangani Perubahan

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Sepanjang penubuhan MRSM sehinggalah ke hari ini , MRSM telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian MRSM, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan di MRSM, antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

  • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
  • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan/aliran;
  • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 5 sangat luas.

Dalam hal ini, kajian yang mendalam berkaitan ius struktur pendidikan di MRSM perlu dilakukan untuk melihat keperluannya kepada seseorang pelajar. Seseorang pelajar mempunyai tahap pencapaian pendidikan yang berbeza antara satu sama lain. Sewajarnya struktur pendidikan di MRSM juga mengikut kepada kecenderungan pelajar yang ada.

Akses  Pendidikan


Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, MARA telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. MARA telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama

 

 

penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

  • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara MRSM;
  • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
  • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
  • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
  • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Dalam isu ini MARA telah mengambil pendekatan untuk membekalkan setiap orang guru dengan sebuah laptop. Kemungkinan juga, MARA akan membekalkan kepada setiap pelajar sebuah note book. Justeru adalah menjadi cabaran kepada MRSM untuk memastikan setiap pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan ICT yang ada secara berkesan.

Ekuiti Pendidikan


Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan Menengah di MRSM, setiap MRSM akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua MRSM bagi mengurangkan jurang perbezaan antara MRSM yang melaksanakan Program Khas Pembelajaran (PKP) dengan MRSM biasa.

Namun, setelah sekian lama pelaksanaan program tersebut, masih terdapat MRSM yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh MARA tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, MARA tidak menyediakan prasarana yang standard dan amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya di MRSM-MRSM yang telah lama ditubuhkan. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

 

Tenaga Pengajar

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Kebanyakan MRSM masih lagi mengalami kekurangan guru mengikut subjek terutama bagi subjek-subjek yang kritikal. Terdapat juga ramai guru-guru MRSM yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan, maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Kesan Globalisasi


Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.

SahsiahPelajar


Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Penutup

Untuk menangani isu-isu perubahan yang berlaku, pengetua haruslah memainkan peranan yang penting dan proaktif. Terdapat banyak cara untuk menghadapi perubahan yang berlaku iaitu dengan membentuk satu kumpulan formal disekolah khusus untuk menangani isu-isu perubahan ini. Sekolah pada masa kini tidak perlu lagi bersifat tertutup, tetapi haruslah dibuka untuk menjadi sebahagian komuniti dalam masyarakat. Banyak isu boleh diselesaikan secara bersama dengan masyarakat atau komuniti setempat.

 

Tuesday, 7 May 2013


Refleksi Kelas Dr. Zuraidah Pada 23 Mac 2013
 
 
Pada hari ini, Dr. Zuraidah telah berbincang bersama-sama kami tajuk yang berkaitan sekolah cemerlang dan sekolah berkesan. Kalau mengikut tafsiran, sekolah cemerlang adalah sekolah yang mempunyai guru-guru, pelajar-pelajar, staf sokongan dan sistem sokongan yang berada pada tahap yang cemerlang. Sementara itu, tafsiran bagi sekolah berkesan pula adalah sekolah yang mempunyai kualiti-kualiti yang perlu sesuai dengan kehendak-kehendak sesebuah sekolah. Dalam menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang, kita tidak dapat menafikan bahawa sesebuah sekolah itu harus mempunyai pengetua yang cemerlang. Pengetua memeinkan waktak utama di sini, di mana pengetua harus mampu membantu untuk menjadikan guru-guru di sesebuah sekolah tersebut menjadi cemerlang.Apabila guru-guru menjadi guru yang cemerlang, ia akan memberikan impak kepada pelajar dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Apabila guru cemerlang ini disokong oleh sistem yang cemerlang, akhirnya matlamat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang secara holistik akan menjadi kenyataan.
 
Dalam hal ini, seseorang pengetua harus mempunyai sifat Endosentrik iaitu mempunyai nilai yang sangat kuat untuk  mempercayai diri sendiri. Tidak mudah terpengaruh dengan pernyataan dan persepsi orang lain sekiranya beliau yakin perkara yang ingin dilakukan itu betul.Bagaimanapun, sefat endosentrik ini kadang kala memberikan kebaikan dan kadang kala ia membawa keburukan. Kalau seseorang pengetua itu mengamalkan gaya kepimpinan transformatif dan berkarisma, ia akan mendatangkan kesan yang positif. Bagaimana pun ia akan mendatangkan kesan yang negatif sekiranya seseorang pengetua itu mengamalkan gaya kepimpianan lassiez faire atau kepimpinan autokratik.
 
Dr. Zuraidah juga berpesan agar kami semua menguasai teori sosiologi dan psiikologi serta menguasai subjek berkaitan teori kepimpinan.Dalam membincangkan aspek kecemerlangan MRSM, terutamanya MRSM Tun Ghafar Baba dalam peperiksaan SPM, kajian selanjutnya perlu dijalankan yang melibatkan perspektif pelajar, guru dan pengurusan sekolah.Elemen seperti interaksi erat, peningkatan perofesionalisme (rujuk Scheerens, 1992) dan perspektif perindustrian (rujuk Silver, 1994) perlu diperjelaskan lagi dengan panjang lebar dalam kajian itu nanti. Hasil dapatan kajian itu nanti perlu dilihat daripada aspek: i) Kuantiti - peningkatan akademik, ii) ekuiti - keadilan/kesamarataan peluang pembelajaran, terutama kepada pelajar berlatarbelakang keluarga yang SES rendah.
 
Saya secara peribadi amat berpuas hati dengan kuliah pada hari ini. Banyak yang saya pelajari pada hari ini, dan semakin banyak yang saya rasa masih kurang pada diri saya terutama dalam aspek penambahbaikan sekolah.


Monday, 6 May 2013


Apakah Yang Anda Faham Dengan Sekolah Berkesan & Penambahbaikan Sekolah
Konsep Sekolah Berkesan
Terdapat pelbagai definisi sekolah berkesan.Sekolah berkaesan ditafsirkan dengan pelbagai maksud mengikut persepsi pengkaji yang berbeza-beza terhadap apa yang dikehendaki oleh mereka.  Namun, tumpuan utama mereka terhadap konsep sekolah berkesan adalah dari aspek pembolehubah dapatan.  Misalnya kajian awal mengenai sekolah berkesan di Amerika Syarikat dan Britain (seperti Burtein & Knapp, 1975 dan Edmonds, 1979a) telah melihat institusi sekolah dari perspektif ekonomi kerana ketika itu bermulanya zaman perindustrian di negara-negara barat (Chrispeels, 1992: Robinson, 1998).  Justeru, tumpuan kajian mereka adalah lebih kepada produk yang dihasilkan oleh pihak sekolah untuk memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja (Townsend, 2001).  Dengan kata lain, takrifan awal mengenai sekolah berkesan adalah tertumpu kepada aspek-aspek kualiti dan ekuiti atau kesaksamaan dalam pendidikan bagi melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi dalam bidang vokasional (Burstein & Knapp, 1975; Edmonds, 1979a, 1979b; Edmonds & Frederiksen, 1979; Hare, 1998; Sharifah Md Nor, 2000; Silver, 1994).
            Selanjutnya, institusi sekolah dilihat dari perspektif sains organisasi kerana masyarakat ketika itu (pertengahan 1970-an) telah mula mengenali konsep pengurusan.  Mereka mengaitkan definisi sekolah berkesan dengan sistem hubungan sesama manusia dalam sesebuah organisasi yang memnpunyai aspek-aspek berikut iaitu: (a) kepuasan bekerja (b) pihak pentadbiran organisasi yang mementingkan perkembangan profesionalisme staf, dan (c) penglibatan bersama dalam proses membuat keputusan (Scheerens, 1992, 2005).  Pada tahun 1980-an, gelombang gerakan sekolah berkesan amat mempengaruhi pendefinisian mengenai sekolah berkesan.  Pengkaji sekolah berkesan ketika itu telah mendefinisikan sekolah berkesan sebagai tempat yang berupaya untuk memproses pembolehubah input ke arah kejayaan menerusi penanda aras yang piawai (Scheerens, 2005). Sebagai contoh, Mortimore (1998) telah menemui faktor-faktor sekolah dan bilik darjah merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan murid yang diukur menerusi dua aspek berikut iaitu: (a) kemajuan positif terhadap diri murid telah berlaku sepanjang mereka belajar di sekolah, dan (b) kemajuan positif tersebut berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian.
            Dalam konteks Malaysia pula, konsep sekolah berkesan digambarkan menerusi pelbagai pengiktirafan dalam bentuk anugerah sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan seperti Sekolah Harapan Negara dan Sekolah dalam Taman (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997a, 1977b) dan terkini adalah Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi.  Penganugerahan tersebut adalah berdasarkan pencapaian sebenar sesebuah sekolah yang melebihi pencapaian yang dijangkakan (Ibrahim Md. Noh, 1998) dari aspek-aspek berikut iaitu (a) akademik, (b) sahsiah diri, dan (c) kemahiran sosial melalui pemupukan tradisi budaya dan watak sekolah itu sendiri yang bertepatan denga Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdul Shukor Abdullah, 1998).
            Oleh yang demikian,sekolah berkesan dapat ditakrifkan berasaskan keperluan semasa iaitu: (a) dari aspek ekonomi, sekolah berkesan ditakrifkan sebagai organisasi yang berupaya untuk meningkatkan pencapaian murid bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja, (b) dari perspektif pengurusan pula sekolah berkesan dinilai dari aspek tahap hubungan sesama manusia yang tinggi, (c) dari sudut pendidikan, sekolah berkesan adalah sesebuah organisasi yang berupaya untuk meningkatkan pencapaian murid bertepatand engan penanda aras yang piawai, dan (d) dalam konteks di Malaysia pula sekolah berkesan adalah organisasi yang berjaya untuk meningkat kemajuan diri murid secara berterusan dan usaha tersebut akan diberi pengiktirafan.

KONSEP PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH
Usaha-usaha untuk malakukan penambahbaikan sekolah telah yang wujud sejak lebih 30 tahun lalu. Ia telah memberikan impak kepada takrifan penambahbaikan sekolah berdasarkan beberapa peringkat mengikut Hopkins dan Reynolds (2002) serta Sashkin dan Egermeier (1992) Peringkat-peringkat itu ialah:

(     a)  Peringkat pertama (pertengahan tahun 1960-an)
Pada peringkat ini, penambahbaikan sekolah lebih memberikan tumpuan kepada pembolehubah proses atau strategi untuk meningkatkan proses P&P guru dengan perubahan yang dilakukan terhadap kandungan kurikulum. Usaha-usaha ini menemui kegagalan disebabkan faktor-faktor berikut iaitu:
(i)            guru tidak dilibatkan secara bersama dalam panel pakar yang melaksanakan proses penambahbaikan tersebut
(ii)          latihan dan kursus yang disediakan kepada guru tidak mencapai matlamat program
(iii)         guru masih melaksanakan proses P&P berdasarkan pengalaman-pengalaman pembelajaran lalu yang berkaitan dengan kurikulum lama; dan
(iv)         sesetengah guru tidak menerima agihan kurikulum yang telah diperbaiki daripada pihak atas.
(     b)  Peringkat kedua (pada tahun 1970-an)
Di peringkat ini, konsep penambahbaikan sekolah masih lagi memberikan tumpuan kepada pembolehubah proses, namun penekanan pada peringkat ini adalah dari aspek perancangan.  Harris (2002) mengatakan perubahan yang dilaksanakan ketika itu adalah dengan memberi penekanan kepada strategi penambahbaikan. Usaha-usaha ini dijalankan dengan perancangan rapi menerusi usaha mendokumenkan setiap penambahbaikan dan menghantar guru untuk menjalani latihan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan komitmen agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan kurikulum baru.
(    c) Peringkat ketiga (akhir tahun 1970-an sehingga pertengahahn tahun 1980-an)
Selanjutnya, konsep penambahbaikan sekolah dalam peringkat ketiga ini merupakan satu takrifan yang dianggap mantap.  Purkey dan Smith (1983), Sashkin dan Egermeir (1992) serta Wilson dan Corcoran (1988) bersetuju dengan pandangan tersebut dengan mengatakan peringkat ini dikenali sebagai tempoh kejayaan kerana dapatan kajian dalam Gerakan Keberkesanan Sekolah digunakan bagi mengenal pasti strategi-strategi untuk membangunkan sekolah.  Namun, pada peringkat ini juga, matlamat untuk memperbaiki sekolah masih kurang berjaya kerana perubahann hanya berlaku terhadap sesetengah pembolehubah proses atau tidak secara menyeluruh (Coronel, 1996; Stoll & Gink, 1996).
Bertepatan dengan peringkat perubahan yang berlaku dalam memberikan takrifan konsep penambahbaikan sekolah, dapat dirumuskan bahawa konsep tersebut lebih menekankan pembolehubah proses dengan bermaksud segala usaha atau strategi yang dijalankan untuk menjadikan sesebuah seklah sebgai tempat yang lebih baik.  Barth (1990) dan Hopkins et. al. (1994) bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan mengatakan pengkaji sekolah berkesan ketika itu lebih menumpukan pembolehubah proses berbanding dengan pembolehubah dapatan bagi mendefinisikan konsep penambahbaikan sekolah kerana pembolehubah proses adalah sumber utama untuk mencapai sesuatu dapatan.  Misalnya, kajian Harris (2002) berbentuk meta analisis ke atas 200 buah kajian lampau telah menemui faktor-faktor penyumbang kejayaan sekolah seperti mana berikut yang direncana strateginya bagi meningkatkan pencapaian murid iaitu: (a) faktor sekolah yang melibatkan strategi untuk meningkatkan pencapaian visi dan misi, pengharapan serta manusia, dan (b) faktor guru yang melibatkan strategi untuk meningkatkan amalan di dalam bilik darjah serta memberikan hak dan tanggungjawab kepada murid.

d)  Peringkat keempat (fasa terkini)
Fasa ini memberikan penekanan kepada proses mengurus perubahan.  Fasa ini dikatakan sukar kerana ia memperlihatkan penglibatan sebenar dalam pembangunan sekolah.  Kajian yang terbaik dalam perubahan pendidikan adalah datang daripada orang yang benar-benar terlibat dalam perubahan pendidikan.  Antara strategi-strategi yang berkesan dalam menggerakkan dan mempromosi kemajuan pendidikan adalah:
i.             Latihan yang konkrit dan berpusatkan guru serta latihan bersifat lanjutan.
ii.            Pembantu kelas (bilik darjah) yang terdiri daripada kakitangan tempatan.
iii.           Pemerhatian guru ke atas projek-projek dan aktiviti yang sama di dalam bilik     darjah, sekolah dan daerah-daerah yang berbeza.
iv.           Mengadakan mesyuarat secara tetap dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang berguna.
v.            Mengembangkan bahan-bahan projek.
vi.           Penglibatan pengetua dalam latihan.
vii.         Penglibatan guru dalam menentukan keputusan berkaitan projek-projek.
Pelaksanaan dalam menentukan polisi-polisi baru penting bagi memastikan pencapaian pelajar.  Apa yang diperlukan adalah strategi yang bersifat pelaksanaan yang mesra bagi perubahan pendidikan.

Saturday, 20 April 2013


Definisi Budaya

Secara meluas budaya telah dipersetujui sebagai sesuatu yang abstrak dan kompleks. Budaya ialah satu set nilai yang dikongsi bersama, tidak statik, ia wujud dan berubah apabila organisasi berubah,  Budaya organisasi terbentuk daripada orang-orang di dalamnya, etika, jenis strukutur dan persekitaran organisasi yang menentukan cara ahlinya bertindak , bergelagat serta mempunyai makna yang luas yang dipegang oleh setiap ahli.  Budaya mempunyai kesan yang positif terhadap keberkesanan organisasi apabila ianya menyokong matlamat organisasi yang dikongsi secara meluas dan diterima oleh ahli-ahlinya

 

Kamus Dewan (1998), mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, cara berkelakuan dan berfikir yang menjadi amalan di dalam kehidupan ahlinya.  Ogbonna dan Haris (2002) dlm Zafir,Hisham dan Fazilah (2009) mendefinisikan budaya sebagai kumpulan kepercayaan, makna dan tanggapan yang dikongsikan bersama oleh sekumpulan masyarakat.  Manakala Torrington dan Weightman (1989 ) pula berpendapat budaya organisasi ialah ciri-ciri semangat dan kepercayaan organisasi yang ditunjukkan, contohnya norma dan nilai yang dipegang bersama mengenai bagaimana manusia harus melayan antara satu sama lain, kebiasaan hubungan kerja yang harus dibina dan sikap yang hendak diubah.

 

Robbins (1998) menyatakan budaya ialah satu sisiem dimana setiap ahli berkongsi makna dan yang membezakan sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain.  Schein (1985) mendefinisikan budaya sesebuah organisasi sebagai tanggapan dan kepercayaan yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli organisasi, berlaku secara tidak disedari, dan dalam bentuk 'taken-for-granted' sesebuah organisasi itu melihat persekitaran dan dirinya sendiri"

 

 

 

 

 

Elemen Budaya

Hodge, et al ( 2003 ) dlm Zafir (2009) berpendapat terdapat dua elemen dalam budaya.  Elemen yang pertama ialah elemen budaya yang boleh dilihat (observable) ) atau nyata terdiri daripada amalan iaitu aktiviti atau perayaan yang dilakukan secara berulang-ulang seperti bacaan yassin di sekolah sebelum peperiksaan awam dijalankan.  Cerita berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku seperti sejarah penubuhan sekolah atau hal yang boleh dibanggakan seperti menjadi sekolah harapan negara.  Bahasa bukan sahaja secara lisan tetapi termasuk juga cara berpakaian.  Simbol seperti logo dan moto yang memberi makna tertentu.  Sosialisasi ialah proses menerapkan budaya kepada warga baru termasuk. 

 

Elemen yang kedua ialah eleman budaya yang tidak boleh dilihat (unobservable) atau tersembunyi seperti norma, nilai dan tanggapan/andaian yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli organisiasi.  Norma ialah peraturan atau gelagat yang boleh atau tidak boleh ditonjolkan seperti Pengetua jangan kritik/marah guru di depan orang murid atau guru mesti berada dalam kelas mengikut jadual.  Nilai ialah kepercayaan sesuatu perkara itu penting dan bermakna seperti komitmen kepada tugas dan memberi hak yang sama kepada murid.  Andaian pula ialah guru boleh membuat keputusan yang betul untuk kepentingan muridnya.

 

Terdapat tujuh sifat yang menjadi tunjang dalam budaya yang menggambarkan sesebuah organisasi.  Sifat yang pertama ialah inovasi/pengambilan risiko  yang mengambarkan darjah atau tahap pekerja digalakkan untuk kreatif dan mengambil risiko.  Kedua ialah kestabilan, darjah di mana organisasi mengekalkan keadaan asal berbanding pertumbuhan.  Perhatian terperinci , darjah dimana pekerja mempamerkan  ketepatan.  Keempat ialah orintasi keputusan yang memberi fokus kepada keputusan, cara dan proses mencapai hasil.  Kelima orientasi kemanusiaaniatu kesan keputusan keatas individu dalam organisasi.  Keenam ialah orientasi kumpulan iaitu koloboratif dan penyelesaian  masalah dalam kumpulan.  Akhir sekali ialah keagresifan  iaitu pekerja ditanamkan dengan budaya saing.

 

Budaya Sekolah

 

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir

daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma,

nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah

budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan

tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal.  Budaya sekolah ditakrifkan oleh Terry Deal dan Kent Peterson ( 1993 ) sebagai realiti dalaman.  Robbins dan Alvy ( 1995 ) pula meluaskan definisinya sebagai “this inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about.”  Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, “beliefs, attitudes, and bahaviours that characterizes a school in terms of : how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included ang appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality.”

 

Contoh Budaya sekolah

 

Hoy & Miskel (2008) memberikan tiga contoh budaya sekolah

1.         Budaya Efikasi

Budaya efikasi ialah budaya yang mementingkan kesempurnaan.  Norma-norma yang terdapat dalam sekolah  mempengaruhi tindakan, kelakuan, keputusan yang akan memberi kesan kepada pencapaian akademik. Kesempurnaan ini memerlukan guru yang inovatif, akauntabiliti, berkongsi tanggungjawab, kawalan minima terhadap persekitaran kerja dan melibatkan semua pihak termasuk  ibu bapa

 

2.         Budaya Boleh Dipercayai

Kepercayaan adalah aspek yang penting dalam hubungan interpersonal.yang mempengaruhi proses operasi sekolah.  Kepercayaan guru-guru kepada pengetua dapat diukur daripada komitmen yang disumbangkan. Pengetua harus menanam kesetiaan dan kepercayaan ke dalam diri subordinatnya.  Sekolah yang terbuka dan sihat menunjukkan wujudnya kepercayaan guru kepada pengetua, rakan setugas, ibu bapa dan murid-murid.

 

3.         Budaya Kawalan

Kawalan yang dikongsi antara guru dan pengetua ke atas murid-murid.  Budaya kemanusiaan yang menganggap sekolah sebagai komuniti pembelajaran di mana murid belajar melalui interaksi dan pengalaman bersama.  Hubungan komunikasi dua hala yang demokrasi dan ditanamkan dikalangan guru dan murid akan meningkatkan keyakinan dan motivasi; memudahkan  penyelesian masalah dan meningkatkan keseriusan murid untuk belajar.

 

Iklim dan Budaya Sekolah Yang Kondusif

Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) menyatakan iklim sekolah yang berkesan mewujudkan sekolah berkesan di mana guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan; guru-guru mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa dan murid merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.  Oleh itu memahami budaya sekolah adalah syarat penting untuk sebarang agen perubahan dalaman atau luaran.

 

1.         Kepentingan  Memahami Iklim Dan Budaya Sekolah

 

Budaya  memainkan peranan besar dalam menentukan tingkah laku yang pelbagai (a wide variety of behaviors), sikap dan kepercayaan berhubungan dengan kerja dan tempat kerja  Budaya mempengaruhi prestasi sesebuah organisasi seperti sekolah.  Sepertimana budaya, iklim juga mewujudkan dan memberi kesan positif  kepada gelagat individu seperti peningkatan kesempurnaan diri, kepuasan atau keinginan untuk bekerja bersama.  Atau membawa kesan negatif seperti prestasi kerja di bawah paras purata atau ketidakpuasan yang tinggi dan kekesalan. 

 

Memahami budaya dan iklim sekolah dapat menjadikan panduan kepada pengetua untuk membina strategi motivasi para guru atau murid samada melalui ganjaran, sokongan, pengubahsuaian struktur atau pengagihan tanggungjawab.  Murid yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan daripada guru dan sekolah. Manakala murid yang lemah dan kurang cerdik akan tersisih.  Budaya ini menyebabkan murid ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga. Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.  Sekolahlah yang menentukan corak budaya yang diamalkan supaya impak yang positif terhasil dan impak yang negatif akan terhindar. 

 

Rahmad (2005) dalam kajiannya menyatakan iklim sekolah memainkan peranan yang amat penting terhadap kepuasan kerja guru.  JIka iklim sekolah dapat diperbaiki, tahap kepuasan kerja guru-guru di sekolah tersebut juga dapat dipertingkatkan dan seterusnya pencapaian murid juga dapat diperbaiki.  Kecemerlangan pencapaian murid akan membawa sekolah kearah keberkesanan. 

 

Iklim dan budaya sekolah yang ditanam kepada warga sekolah dapat membawa ahli-ahli ke satu halatuju untuk pencapaian matlamat (consistent with goals) sekolah atau sebaliknya.  Kesefahaman, kesepakatan keterbukaan yang disemai menjana gelagat produktif dalam melaksanakan program-program sekolah dan ia merupakan satu penentuan bagi kejayaan sesebuah sekolah dalam jangka panjang.

 

2.         Peringkat Pembentukan Budaya

 

Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Budaya formal sekolah adalah apa yang dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut

 

Schein menyatakan individu menubuh kumpulan untuk memenuhi keperluan. Kumpulan ini mempunyai matlamat, nilai dan juga harapan, ia membangun melalui pelbagai peringkat dan ini memberi kesan kepada budaya.  Perkembangan dan kesinambungan kumpulan itu bergantung kepada cara kumpulan itu dapat mengekalkan nilai dan norma yang menyatukan mereka sebagai satu kumpulan.

 

Terdapat empat peringkat dalam pembentukan budaya Schein yang boleh diadaptasikan dalam pembentukan budaya sekolah.  Peringkat pertama ialah kebergantungan atau otoriti, iaitu siapa yang ketuai kumpulan.  Andaiannya ialah ketua akan membimbing kumpulan ke arah mendapat faedah yang maksima.  Jika di sekolah pengetua adalah ketua kumpulan yang mencorakan budaya sekolahnya.  Pengetua sendiri mestilah mengamalkan budaya yang positif supaya boleh menjadi ikutan subordinatnya. 

Peringkat kedua ialah perkembangan budaya dimana berlakunya konfrontasi peranan dan perbezaan; hubungan rakan setugas.  Kejayaan menyelesaikan sesuatu isu oleh pemimpin akan membawa kepada rasa  memotivasikan ahli kumpulan ke arah komitmen dan usaha yang lebih tinggi untuk organisasi.  Di sekolah budaya membaca yang disemai dan dikembangkan melalui Program Nilam  dipertanggungjawabkan kepada pelbagai pihak seperi Guru Pusat Sumber, Guru Kelas dan Guru Bahasa membantu menyelesaikan masalah buta huruf.  Kejayaan sekolah mengatasai masalah ini akan dikongsi bersama antara semua guru. 

 

Peringkat ketiga ialah kreativiti dan stability.  Kreativiti dan stabiliti menjadi isu yang dihadapi oleh kumpulan.  Untuk mengekalkan budaya yang positif memerlukan kreativiti.  Seperti Program Nilam di atas walaupun telah diserapkan kepada warga sekolah, program tersebut mestilah dimurnikan lagi seperti memberi hadiah kepada pembaca terbanyak tidak terhad kepada murid sahaja tetapi guru juga diberi penghargaan.  Peringkat keempat ialah peringkat pembangunan.  Budaya yang baik ialah budaya yang fleksible dan boleh diadaptasikan sesuai dengan perubahan dan persekitaran.  Penyatuan budaya diperlukan supaya pembagunan yang konsisten dapat dikekalkan. 

 

Schein (1985) mengenalpasti tiga tempoh pembangunan budaya sekolah yang singifikan. Diawal tahun, sekolah baru, nilai yang domain muncul daripada penubuh/ pengasasnya dan sekolah menjadikannya budaya yang nyata. Nilai ini dikongsikan dengan pendatang baru samada guru, pelajar atau ibu bapa.  Budaya adalah “ glue” yang dipegang oleh semua pihak yang berkepentingan dalam organisasi.  Dipertengahan,  budaya sekolah sudah terbina dengan sempurna tetapi perlu diteruskan mengikut perkembangan dan pembaharuan.  Perubahan boleh berlaku dalam konteks luaran dan dalaman, menjadikannya lebih kukuh atau sebaliknya.  Budaya berubah secara implisit.  Perubahan mungkin lebih menyusahkan kerana kurang  kesedaran terhadap  budaya, dan ianya  sukar untuk difahami. Peringkat Kematangan dan/ stagnation ( tidak bergerak ) dan kejatuhan amat menyusahkan dari perspektif perubahan budaya.  Tahap ini akan sampai sekiranya sekolah sudah berhenti/ tamat untuk berkembang dan bertindak balas kepada persekitaran.

 

3.         Penambahbaikan Budaya Dan Iklim Sekolah

 

Perubahan budaya di sini bermaksud perubahan yang dirancangkan.  Pengurus boleh membuat perubahan yang konsisten dengan objektif strategik organisasi. Strategi perubahan samada dari atas ke bawah iaitu pemimpin atau pengetua menyebar dan membudayakannya kepada subordinat ataupun bawah ke atas di mana guru-guru dan staf bersama-sama membudayakan sesuatu perubahan.  Menurut Miskel terdapat 3 strategi dalam penambahbaikan iklim dan budaya.

 

3.1.      Strategi Klinikal

 

Penambahbaikan menggunakan strategi klinikal melibatkan lima langkah.  Langkah pertama ialah mengumpul pengetahuan dan maklumat berkaitan sekolah.  Pengumpulan maklumat ini boleh dibuat melalui pemerhatian, analisis dan kajian.  Langkah kedua ialah membuat diagnosis atau bedah siasat.  Maklumat yang sudah dikumpul diasingkan mengikut kekuatan, kelemahan dan dilabelkan mengikut kategori seperti tahap moral yang rendah, kesepakatan dan kawalan yang lemah, komunikasi yang bermasalah, ekspektasi pencapaian yang rendah dan lain-lain.  Langkah ketiga ialah prognosis iaitu menilai keseriusan masalah dan membina set operasi mengikut keutamaan bagi menambahbaik situasi tersebut.  Langkah keempat ialah peraturan pemakaian iaitu tindakan yang diambil bagi mengurangkan masalah sesuatu situasi.  Contohnya masalah kurang kesepakatan di kalangan guru.  Pengetua perlu kerap mengadakan majlis atau program yang memerlukan penglibatan semua ahli.  Pengetua sendiri mestilah melibatkan diri daripada awal sehingga akhir program bagi melihatkan penglibatan dan keterlihatan beliau.  Budaya turun padang yang ditonjolkkan oleh pengetua akan menyerap kepada guru-guru lain.  Langkah kelima ialah penilaian ke atas peraturan pemakaian yang telah dijalankan samada Berjaya atau tidak.  Perubahan dalam sistem sosial mengambil masa dan perlu dilaksankan secara beterusan, dipantau dan dibuat penilaian.

 

3.2.      Strategi Pusat Perkembangan

 

Strategi pusat perkembangan melibatkan penerimaan set andaian berkaitan permbagunan personel sekolah dan menggunakan andaian tersebut dalam membuat keputusan pentadbiran.  Set andaian tersebut termasuklah perubahan kepada iklim sekolah yang sihat, mengubah halatuju yang lebih positif, perubahan mestilah perkembangan yang bererti dan andaian guru berpotensi untuk membagun dan melaksanakan perubahan.

 

3.3.      Strategi Perubahan Nilai

 

Nilai dikaitkan dengan kawalan, sokongan, inovasi, hubungan sosial, penghargaan, konflik dan standarad kecemerlangan.  Lima langkah perubahan:mengenalpasti nilai yang ada, menjelaskan halatuju yang baru, mengenalpasti nilai baru yang menyokong penambahbaikan, mengenalpasti jurang budaya (yang sebenar dan yang dikehehendaki), menutup jurang menggantikan nilai yang lama dengan yang baru

4          Budaya dan Iklim dalam Keberkesanan Sekolah

Budaya sekolah memainkan peranan penting terhadap keberkesanan sekolah.  Perubahan dalam sistem pendidikan perlu memberikan perhatian terhadap organisasi sosial yang mengamalkan budayanya.  Manusia dalam organisasi dipengaruhi oleh kuasa luaran (politik dan ekonomi), perubahan dasar pendidikan dan pembangunan teknologi yang pesat.  Sekolah perlu berupaya memenuhi kehendak masyarakat dan bergerak selari dengan perubahan.  Budaya sekolah berubah dengan perubahan amalan warga sekolah.  Proses perubahan melibatkan perubahan perancangan, perubahan kepimpinan sekolah dan perubahan norma-norma.  Menurut Stoll & Fink (1996) budaya sekolah boleh dilihat melalui dimensi keberkesanan sekolah yang dipecahkan kepada lima kategori.

4.1.      Moving Schools

Warga sekolah sentiasa bekerjasama dan melakukan nilai tambah.  Sekolah mempunyai matlamat yang jelas, ada system, warganya ada kemahuan dan kemahiran.  Norma-norma mempengaruhi aktiviti sekolah Matlamat sentiasa disemak semula untuk memastikan memenuhi keperluan pelajar dan perubahan persekitaran luaran.  Pengajaran baru dipratikkan dalam persekitaran yang penuh kepercayaan, kejelekitan dan sokongan.  Risiko dilihat sebagai input dan reaksi proses pembelajaran.  Pemeriksaan pihak luar dinilai sebagai pengesahan, maklumbalas dan peluang untuk pertumbuhan

4.2.      Cruising Schools

Sekolah dilihat berkesan kerana memiliki kualiti-kualiti sekolah berkesan.  Mementingkan pencapaian mutlak berbanding nilai tambah.  Sesetengah sekolah tidak menunjukkan mereka mempunyai nilai tambah yang signifikan untuk pelajar.  Mereka berkongsi banyak persamaan dengan ‘strolling schools’.  Sekolah perlu mengenalpasti matlamat, dengan rujukan spesifik kepada keperluan masyarakat hari ini dan pekerja.  Sikap berpuashati adalah bahaya kepada sekolah berkesan.  Untuk peningkatan khusus, guru-guru menghormati pelajar dengan membawa proses pembelajaran yang terjamin.

 

4.3.      Strolling Schools

Kedudukan sekolah yang sederhana dan cuba bergerak ke arah keberkesanan tetapi tidak cukup menghadapi kadar perubahan yang pesat.  Memerlukan bantuan dan rangsangan luar seperti pengetua yang baru dan dinamik, bantuan steak holders dan sebagainya. Mempunyai warga yang bersikap ‘go with the flow’, ‘apa nak buat’, ‘entahlah’ di kebanyakan tempat.  Guru-guru digalakkan mengambil risiko dan mencuba idea baru.  Guru-guru selesa dengan cara yang sedia ada.

4.4        Struggling Schools

Sekolah yang tidak berkesan, dan semua pihak menyedari hakikat ini dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki keadaan.  Berjaya jika dibantu oleh semua pihak kerana mereka sedar akan kelemahan mereka dan  memang memerlukan bantuan.  Mengamalkan budaya bekerjasama, mencari rakan kongsi (ibu bapa, komuniti dan sebagainya) untuk membantu mereka.  Mereka memerlukan perubahan ‘transformatif’ untuk meningkat.  Mementingkan langkah pertama, mengutamakan penghormatan, pengiktirafan dan sokongan, membangunkan semula kepercayaan, keyakinan dan efikasi kendiri, dan keterbukaan pemimpin.  Semua idea diikat dengan tanggungjawab untuk mencapai kejayaan dan jangkaan tinggi untuk terjadi.  Menggerakkan penemuan sub budaya, guru-guru memperkukuhkan dan menyokong pembangunan atau mengekalkan norma orientasi pembelajaran, menggalakkan mencuba dengan rakan sejawat, dan memberi masa bekerja pada setiap orang

4.5.       Sinking Schools

Sekolah tidak berkesan, merosot kerana stafnya tidak kisah dan tidak tahu cara hendak meningkatkan prestasi mereka.  Memerlukan perubahan budaya yang drastik, dan kepemimpinan pengetua yang kreatif dan bijak.  Bantuan dari berbagai-bagai pihak amat diperlukan  supaya sekolah ini tidak terus karam dan tenggelam  Sama seperti struggling schools, tetapi langkah pertama mengambil masa yang panjang.  Setiap pencapaian pembelajaran diraikan. Sokongan dalam kelas ditawarkan kepada setiap orang guru yang mengharapkannya.  Implikasinya berlaku perubahan budaya kepada sekolah.

 

 

 

5.         Situasi –Situasi Yang Menunjukkan Terbentuknya Budaya Dan Iklim Sekolah Yang Kondusif

 

Budaya dan iklim adalah suatu proses yang berterusan dan bersifat evolusi, dan digerakkan oleh tekanan luaran dan potensi dalaman.  Peranan penting pemimpin dalam membangun budaya yang wajib disedari ialah; pemimpinlah yang menggerak dan mengekalkan wawasan yang jelas, visi yang dikongsi dan dibangunkan bersama oleh seluruh ahli organisasi sekolah.  Budaya dan iklim sekolah yang kondusif terbentuk apabila wujudnya elemen-elemen di bawah

 

5.1.   Perhubungan Interpersonal

 

Guru-guru dan murid mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif.  Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut.  Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha meningkatkan profesionalisme mereka.  Murid pula merasa seronok dan bangga menjadi warga sekolah tersebut.

 

5.2.    Pengajaran dan Pembelajaran

 

Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga murid.  Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran, guru dibenarkan menggunakan kretiviti semasa mengajar.  Murid mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing.  Guru-guru adalah inovatif dan kreatif  dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.  Guru dan murid menetapkan ekspektasi yang tinggi dalam pencapaian akademik mereka.

 

5.3.     Kepimpinan Pentadbiran

 

Budaya dan iklim di sekolah yang kondusif, pemimpinnya mempunyai dan mengamalkan  polisi pintu terbuka, di mana idea daripada guru dan murid diambil kira untuk dipraktikkan.  Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan, pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan pengajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka.  Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesionalisme di kalangan mereka.  Murid digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka.

 

5.4.     Kemudahan Fizikal dan Persekitaran

 

Murid dan guru sangat selesa dan berasa selamat ketika berada di kawasan.  Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan tenteram.  Sekolah mempunyai ruang yang mencukupi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Murid dan guru berpuas hati dan merasa berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut.

 

5.5.     Pencapaian Murid

 

Pencapaian murid dikesan secara sistematik melalui pemantauan dan penilaian yang teratur dan beterusan.  Pengetua dan guru-guru mengawasi kemajuan murid berfokus berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.  Murid digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka, sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru.  Keutamaan adalah prestasi akademik murid, dan mereka digalakkan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

 

5.6.     Disiplin Sekolah

 

Pelaksanaan peraturan adalah penting untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peratuan ketat, tenang tanpa penindasan secara amnya adalah selesa untuk proses pembelajaran. 

 

5.7.    Wujudnya Permuafakatan

 

Sekolah yang berkesan di mana semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi.  Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain.  Dengan permuafakatan guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-membantu sesama insan.

 

5.8.      Perkongsian

 

Dalam sekolah berkesan budaya berjalan lebih mirip kepada komuniti berbanding organisasi. Dalam komuniti kejayaan dan kegagalan dikongsi bersama, saling tolong-menolong, dan bertingkah-laku menurut norma-norma dan kepercayaan dalaman.  Satu komuniti bertindak berdasarkan kepercayaan teras yang dipersetujui dan berdiri tegak di atas tapak yang satu.  Keresahan dan ketidaktentuan tentang apa yang patut dibuat, apa tidak patut dibuat, apa yang wajar atau apa pula yang tidak wajar, tidak wujud.  Guru-guru tidak hilang punca dengan hal-hal yang tidak  dijangka atau perkara-perkara bukan rutin, tidak juga mereka menyalahkan orang lain jauh sekali daripada memejamkan mata kepada situasi-situasi yang bermasalah.  Sebaliknya guru-guru mempamerkan sikap keyakinan yang tinggi, mereka tahu di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereke junjung.

 

 

5.9       Keyakinan dan Kepercayaan

 

·         Budaya dan iklim sekolah yang kondusif wujud apabila guru mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpinnya.  Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan.  Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam yang tinggi.  Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.

 

6.0       Kesimpulan

 

 
Budaya dan iklim sekolaha bukan sesuatu yang statik, tetapi  boleh distrukturkan semula.  Semua bergantung kepada sekolah yang setiap satunya berbeza dengan yang lain.  Setiap warga sekolah terutama, pemimpinnya mestilah mengetahui dan memahami budaya sekolah yan g ada; mempertimbangkan budaya sekolah yang menggalakkan kemajuan, pembangunan dan pencapaian pelajar; menyediakan peluang di mana setiap orang boleh berbincang dan semak semula nilai dan norma yang wujud.  Apa yang warga sekolah buat dan fikir menjadi asas mempengaruhi kepercayaan, andaian dan nilai yang membentuk norma-norma.  Pembentukan budaya adalah satu tugas signifikan bagi kepemimpinan seorang pengetua. 

 

Sekolah yang mempunyai iklim dan budaya yang kondusif  dapat menjana sistem sosial yang berkesan.  Kewujudan sistem sosial yang berkesan, menyokong pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan yang dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan yang berlaku dalam masyarakat.