Refleksi Kelas Dr. Zuraidah Pada 23 Mac 2013
Pada hari ini, Dr. Zuraidah telah berbincang bersama-sama kami tajuk yang berkaitan sekolah cemerlang dan sekolah berkesan. Kalau mengikut tafsiran, sekolah cemerlang adalah sekolah yang mempunyai guru-guru, pelajar-pelajar, staf sokongan dan sistem sokongan yang berada pada tahap yang cemerlang. Sementara itu, tafsiran bagi sekolah berkesan pula adalah sekolah yang mempunyai kualiti-kualiti yang perlu sesuai dengan kehendak-kehendak sesebuah sekolah. Dalam menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang, kita tidak dapat menafikan bahawa sesebuah sekolah itu harus mempunyai pengetua yang cemerlang. Pengetua memeinkan waktak utama di sini, di mana pengetua harus mampu membantu untuk menjadikan guru-guru di sesebuah sekolah tersebut menjadi cemerlang.Apabila guru-guru menjadi guru yang cemerlang, ia akan memberikan impak kepada pelajar dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Apabila guru cemerlang ini disokong oleh sistem yang cemerlang, akhirnya matlamat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang secara holistik akan menjadi kenyataan.
Dalam hal ini, seseorang pengetua harus mempunyai sifat Endosentrik iaitu mempunyai nilai yang sangat kuat untuk mempercayai diri sendiri. Tidak mudah terpengaruh dengan pernyataan dan persepsi orang lain sekiranya beliau yakin perkara yang ingin dilakukan itu betul.Bagaimanapun, sefat endosentrik ini kadang kala memberikan kebaikan dan kadang kala ia membawa keburukan. Kalau seseorang pengetua itu mengamalkan gaya kepimpinan transformatif dan berkarisma, ia akan mendatangkan kesan yang positif. Bagaimana pun ia akan mendatangkan kesan yang negatif sekiranya seseorang pengetua itu mengamalkan gaya kepimpianan lassiez faire atau kepimpinan autokratik.
Dr. Zuraidah juga berpesan agar kami semua menguasai teori sosiologi dan psiikologi serta menguasai subjek berkaitan teori kepimpinan.Dalam membincangkan aspek kecemerlangan MRSM, terutamanya MRSM Tun Ghafar Baba dalam peperiksaan SPM, kajian selanjutnya perlu dijalankan yang melibatkan perspektif pelajar, guru dan pengurusan sekolah.Elemen seperti interaksi erat, peningkatan perofesionalisme (rujuk Scheerens, 1992) dan perspektif perindustrian (rujuk Silver, 1994) perlu diperjelaskan lagi dengan panjang lebar dalam kajian itu nanti. Hasil dapatan kajian itu nanti perlu dilihat daripada aspek: i) Kuantiti - peningkatan akademik, ii) ekuiti - keadilan/kesamarataan peluang pembelajaran, terutama kepada pelajar berlatarbelakang keluarga yang SES rendah.
Saya secara peribadi amat berpuas hati dengan kuliah pada hari ini. Banyak yang saya pelajari pada hari ini, dan semakin banyak yang saya rasa masih kurang pada diri saya terutama dalam aspek penambahbaikan sekolah.
No comments:
Post a Comment