Followers

Wednesday, 8 May 2013


   Berbaloikah Perbelanjaan Kerajaan Untuk Setiap Pelajar MRSM?
   Dalam keadaan dan perkembangan semasa di Malaysia pada masa ini , terdapat segelintir  masyarakat yang mempersoalkan tentang adakah berbaloi perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan kepada setiap pelajar di MRSM?. Soalan sinis ini seolah-olah melihat selama ini kerajaan melakukan pembaziran kerana menanggung perbelanjaan yang bayak kepada setiap pelajar di MRSM. Kalau mengikut anggaran perbelanjaan yang perlu untuk seseorang pelajar malanjutkan pelajar di MRSM sebulai ialah sebanyak RM 500 hingga RM 1000. Angka ini mungkin agak besar. Bagaimanapun bagi saya, pelaburan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti terutamanya daripada bangsa melayu seharusnya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar daripada yang sedia ada. Pelaburan yang dibuat itu tidak dapat memberikan pulangan yang serta-merta tetapi ia harus lebih dilihat kepada pelaburan jangka masa panjang.

Pelaburan yang dilakukan sejak 43 tahun yang lalu oleh MARA melalui para pelajar di MRSM Seremban diikuti oleh MRSM_MRSM yang lain telah mula menampakkan kejayaannya. Dilihat pada masa ini, ramai pelajar-pelajar “Anak Sains MARA” (ANSARA) ini telah menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang di negara kita mahupun diperingkat antarabangsa. Sebut sahaja bidang apa, sama ada politik, perubatan, perbankan, kimia, biologi, fizik, pendidikan, perakaunan, perniagaan  keagamaan dan lain-lain, pasti bekas pelajar MRSM akan terlibat sama.Perkara ini membuktikan pelaburan kerajaan bukanlah satu pembaziran. Lebih ramai bekas pelajar MRSM sedang menanti peluang untuk mengambil alih tampuk kepimpinan dalam pelbagai bidang yang ada.

Sekadar menyebut beberapa nama bekas pelajar MRSM yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti Datuk Kamaruddin Maranom (Timbalan CEO Airasia Group), Datuk Shazali (Ceo Celcom), tokoh GLC Datuk Wahid (Maybank). Dalam bidan pendidikan seperti Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamad (USM- Kejurutaraan Kimia), Prof. Dr. Mud Kamil Ibrahim (Perakaunan – Madinah). Begitu juga dengan tokoh-tokoh politik seperti Dato Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah), Dato Razali Ibrahim ( Timb Menteri Belia Dan Sukan). Datuk Dr.Sheikh Muzaffar dalam bidang perubatan dan menjadi angkasawan pertama negara. Diseblik kejayaan cemerlang bekas pelajar mrsm ini, terdapat juga pelajar MRSM yang kurang berjaya. Bagi saya, sudah menjadi adat, setandan pisang tak semuanya berbuah elok. Ia bukanlah satu kegagalan tetapi ia sebagai peluang dan cabaran untuk MARA menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang dan berjaya di masa hadapan.

Sudah menjadi harapan dan impian MARA serta seluruh rakyat Malaysia keseluruhannya untuk melihat lebih ramai lagi para pelajar MRSM yang mampu untuk melakar kejayaan untuk negara pada masa hadapan. Kejayaan mereka ini penting untuk negara dalam usaha negara kita menuju wawasan menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020.

1 comment:

  1. bukan semua yang berjaya..aku ada jumpa bekas pelajar mrsm dan sbp yang setakat jadi kuli seperti jururawat dan kerani..dan ada yang dari sekolah harian yang berjaya menjadi doktor cikgu jurutera saintis. so bagi aku perlaburan kepada pelajar mrsm/sbp yang tak layak adalah pembaziran..sepatut pemilihan telus.ni ramai masuk pakai kabel

    ReplyDelete